Saturday, April 30, 2011

GOD, U NEVER STOP TO AMAZE ME :D


God will make a way
Where there seems to be no way
He works in ways we cannot see
He will make a way for me
He will be my guide
Hold me closely to His side
With love and strength
For each new day
He will make a way
He will make a way

By a roadway in the wilderness
He'll lead me
And rivers in the desert will I see
Heaven and earth will fade
But His Word will still remain
He will do something new today


Thursday, April 28, 2011

~just my opinion~

ITS been a long time since my last post on blogger. Quite busy these days. And yeahhaa..this Saturday will sit for MedSi. Alamat nyer kalau berjaya jadi cikgu la aku T.T..jauh menyimpang dr apa yg aku nak..x pa la..baik dari aku tanam anggur kat rumah ni.

Last time sit for Munsyi pakai entrance ke USM..hampe nye!!! X kena shortlisted for temuduga. Sedih…sedih…sedih..frust menonggeng aku kat rumah. Tapi..X PA LA….. (tagline yang paling aku suka :P) ..X pa la..da lagi peluang. X da pa mana tau dpat yang lain..X pa la bukan nasib kot.. semua aku kata X pa.. nak kata too optimistic x jugak. Dah x dapat, aku keluar air mata darah pun x guna kan.

Harap2 yang UPU ni kena la nanti. Kalau x kena jugak @.@ …..?????? sapu longkang tepi jalan la..haha

Apa nak jadi la ngan system education Malaysia nie..kata tempat di univeristi byak kosong la..tp byk jugak yg x dapat masuk uni. Hmm… even org yg result nye buruk giler pun dapat masuk uni skrng. Apa la.. org yg dapat result gmpak2..x dapat. Itu la selalu berlakunya brain drain..org singapura senang2 je dpt top student kita study ngn mereka. Adalah yg tertentu tu.. senang2 je masuk matrik..universiti.. pas tu budak2 pandai dari kaum lain mereka abaikan..kata x pass interview la..x itu la..x ini la..ALASAN JE…

Pas tu sibuk2 pulak panggil golongan professional pulang ke tanah air. Mana mereka nak??.. gaji di luar Negara lebih lumayan..lagipun sapa yg reject mereka in the 1st place? Dah reject org masuk uni, then panggil balik nak suroh keja ngn kita? Apasal x suruh golongan pro yg sedia ada? Then ..mulala cakap, org luar lebih efisen..lebih berpengalaman… apa guna buat banyak uni..poli..kolej..tapi X PAKAI budak sendiri. Then budak kita TANAM ANGGUR je keja.. susah2 mereka g study habis duit mak bapak..siap pinjam ptptn lagi tuh..x dapat keja bagus. Pas tu ptptn blacklist nama mereka. Kan kesian..bukan mereka x nak bayar. Tp keja pun semadi ada je mcam mana?

Banyak lagi benda yg kita perlu perbaiki.. memang bukan senang untuk puaskan hati semua pihak. Tapi at least show la yang anda telah menjalankn tugas SEADIL mungkin…

Sekarang ini..org byk main guna pengaruh.. nak masuk uni senang je. Guna je orng dalam. Ada DUIT $ SEMUA JADI !!! tp org x da duit $ ternganga je tengok anak x dapat masuk uni. Ada yang extreme lagi..dinamakan bukan bumiputera. Kesian3x.. anak perkhawinan campur mak cina n bapa nye bumiptra dikategorikan bukan bumptra di Sarawak. Tp dah org masuk brita dalam newspaper..hangat lagitu kat tv .BARU LAH TERHENGEH-HENGEH NAK TUKAR… baru la nak berdebat kat parlimen. .SEDANGKAN BRAPA LAMA DAH TINGGAL KAT SARAWAK.. BARU NAK UBAH BENDA NI? Nasib baik ada yang suarakan hal ini kat press. Kalau x ..sampai tercapainya Wawasan 2020 pun rakyat Sarawak hasil perkhawinan campur akan dipanggil bukan bumiputra.

Bukan kita x nak suarakan…kalau kita mula nak bangkitkan isu2 sebegini..nanti org cakap kita ni perkauman la pulak.. nak jaga status bumi la..apa la..mencabar apa la..kami bukan nak mencabar..Cuma nak kata benda yg kami rasa betul je. Bukan nye kami da buat rusuhan ke..perhimpunan ke..demonstrasi ke..kami kata baik2 je.. bukan macam yg segelintir tu.. org kata sikit terus nak buat kecoh.. ilek ilek la..

Pendek kata ..banyak yang kita perlu ubah untuk menjayakan 1malaysia. Bukan sekadar je 1malaysia.tp segala tindakan dan perkara yang diputuskan haruslah mengambil kira semua rakyat dia MALAYSIA..

Friday, April 15, 2011

Love is Beautiful

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaranyang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, dekat di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta